Sunday, 15 April 2012

BIDANG SENI LUKIS DAN SENI REKA






BIDANG SENI LUKIS DAN
SENI REKA

CABARAN

·         Seni lukis dan seni reka memainkan peranan penting dalam masyarakat kita,terutama peranannya yang semakin berkembang dalam dunia komersil di mana bidang kreatif menjadi semakin mencabar.

·         Pembangunan dalam industri seni lukis dan seni reka seperti grafik, seni reka  dalaman dan fesyen dipandu oleh industri dan, seharusnya, boleh terangkum dalam konteks sosial, ekonomi dan budaya.

·         Pereka dan pelukis berhadapan dengan perubahan keperluan dari persekitaran pasaran dan teknologi maklumat.

·         Pereka dan pelukis hari ini dan masa depan perlu berkemampuan menjana idea kreatif dan inovatif untuk memenuhi permintaan masyarakat.

·         Memandangkan teknologi dan media berkembang secara berterusan, graduan seni lukis dan seni reka perlu dilengkapkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang seni lukis dan seni reka untuk lebih cekap dalam tugasan mereka.

·         Oleh itu, pendidikan seni lukis dan seni reka perlu memasukkan pelbagai aspek pengkhususan di samping menekankan ekspresi kemahiran seni reka dan berkomunikasi.

·         Telah menjadi matlamat kursus pengajian ini untuk melengkapi graduan seni lukis dan seni reka dengan kemahiran kritikal, analitikal dan kreatif bagi menghadapi cabaran dunia yang pesat berubah.

·         Amalan seni lukis dan seni reka dalam makna yang lebih luas turut memerlukan lulusan memaksimumkan potensi mereka dan membangunkan kekuatan individu sepenuhnya.






MATLAMAT PENDIDIKAN / OBJEKTIF AM KURSUS PENGAJIAN SENI LUKIS DAN SENI REKA

Untuk melahirkan pelukis dan pereka yang kreatif, inovatif dan analitikal.
Objektif-objektif pendidikan bagi pelbagai tahap pengajian dalam bidang seni lukis dan seni reka digambarkan seperti yang berikut:

Sijil

1. Untuk menyediakan pelajar dengan asas-asas seni lukis dan seni reka serta kursus pengajian yang berorientasikan vokasional;

2. Untuk memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran teknikal yang bersesuaian dengan disiplin tertentu;

3. Untuk menggalakkan kepekaan estetik dan visual.

Diploma

1. Untuk memenuhi keperluan pelajar melalui kursus pengajian berasaskan studio dalam seni lukis dan seni reka yang membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan dan kefahaman khusus;

2. Untuk membangunkan kemahiran kreatif dalam ekspresi visual dan komunikasi,

3. Untuk membolehkan pelajar membina kemahiran penyelesaian masalah yang berkesan dalam situasi pembelajaran yang berbeza,

4. Untuk menyediakan persekitaran yang menggalakkan visualisasi, analisis, eksplorasi kreatif idea-idea dan pemerolehan kemahiran penilaian;

5. Untuk memupuk keupayaan cekap bekerja dan menggunakan pembelajaran pada tahap yang sesuai dalam konteks vokasional, selaras dengan corak pekerjaan yang luas dalam industri seni lukis, seni reka dan yang berkaitan;

6. Untuk membolehkan pelajar menghayati isu-isu dalam konteks yang luas dan kaitannya dengan aktiviti-aktiviti profesional seperti keupayaan melaksana pembangunan konsep;

7. Untuk membangunkan keupayaan pelajar dan membentuk sikap yakin dan kreatif dalam kemahiran khusus dan juga pengalaman kerja yang umum.



Ijazah Sarjana Muda

1. Untuk menyediakan kursus pengajian seni lukis dan seni reka yang membantu membangunkan kemahiran personal dan profesional serta keupayaan kognitif yang perlu untuk kerjaya yang dipilih;

2. Untuk menyediakan peluang untuk memudahkan pembangunan pengetahuan pemikiran seni reka, membina pertimbangan yang kukuh, kritikal, dan pemahaman kontekstual bersesuaian dengan amalan profesional;

3. Untuk melengkapkan pelajar dengan strategi penyelidikan dan pembelajaran kendiri untuk pembangunan akademik dan profesional yang berterusan.

HASIL PEMBELAJARAN / OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir setiap tahap lulusan akan berupaya untuk:

Sijil

1. menunjukkan tahap penguasaan kemahiran khusus yang relevan dengan kerja     praktikal;

2. melaksanakan tugas di bawah penyeliaan dengan rasa tanggungjawab;

3. bertindak dalam garis peraturan dan undang-undang keselamatan, kesihatan dan bahaya.

Diploma
Selepas menamatkan kursus pengajian ini, lulusan seharusnya telah menambah dan mengukuhkan kompetensi mereka daya cara:

1. menggunakan prinsip, teknik dan kemahiran kreatif yang perlu untuk seseorang pelukis atau / dan pereka, serta dapat menggunakan bahan-bahan dan peralatan   dengan berkesan;

2. membantu dalam melaksanakan penghasilan seni reka;

3. menggunakan kemahiran komunikasi yang wajar secara berkesan.

Ijazah Sarjana Muda

Selepas berjaya menamatkan kursus pengajian, pelajar dapat memperlihatkan:

1. kebolehan untuk mengambil satu-satu kursus pengajian seni lukis dan seni reka yang progresif melalui menggambarkan, mencadangkan, merundingkan, melaksanakan dan
menilai dalam konteks pengalaman pembelajaran;
2. kebolehan untuk menggunakan kemahiran kreatif praktikal dan profesional yang diperoleh dalam penzahiran dan pembentangan hasil kreatif;

3. kemampuan untuk pemahaman dan refleksi secara kritikal dalam seni lukis dan seni reka yang diperoleh dengan pembelajaran kritikal dan konstektual;

4. kemampuan untuk mengenal pasti, menganalisis dan menyelesaikan hubungan teori dan praktikal;

5. kemampuan untuk berkomunikasi dan menyampaikan idea reka bentuk mereka dan membuat penilaian estetik berkaitan amalan mereka dan orang lain;

6. kemampuan untuk menjadualkan kerja dengan kesedaran dan integriti social yang mematuhi kod profesional danetika seni reka.

REKA BENTUK KURSUS PENGAJIAN

Kurikulum mesti meliputi:

1. Asas seni lukis dan seni reka;
2. Komunikasi visual / ekspressi / reka Bentuk
3. Pengajian kontekstual;
4. Kemahiran generik;
5. Pengetahuan praktik profesional.
Tempoh pengajian:

1. Sijil : Minimum 3 semester;
2. Diploma : 6 – 9 semester;
3. Ijazah : 6 – 10 semester.
q Reka bentuk komponen bagi beberapa kursus pengajian terpilih adalah seperti yang terdapat dalam Jadual 1a, 1b, & 1c.

KELULUSAN SENI LUKIS DAN SENI REKA

Kelulusan dalam bidang seni lukis dan seni reka adalah seperti yang berikut:

Sijil : Sijil Seni Lukis & Seni Reka;
Sijil Seramik;
Sijil Tembikar;
Diploma: Diploma Seni Reka Grafik;
Diploma Seni Reka Fesyen;
Diploma Ilustrasi;
Diploma Seni Reka Hiasan
Dalaman;
Diploma Seni Reka Industri;
Diploma Seni Halus, dll.
Pra-universiti atau Foundation :
Sijil Seni Lukis & Seni Reka
(Pengajian Asas / Prauniversiti
/ Foundation )
Sarjana Muda*: Bacelor Seni Reka Grafik;
Bacelor Seni Reka Fesyen;
Bacelor Seni Reka Tekstil;
Bacelor Seni Reka / BDes
(Seni Reka Industri);
Bacelor Seni Lukis Halus
/BFA (Seramik)
(* Semua ijazah adalah dengan kepujian
Sarjana : MFA (Seramik)
PhD.
q Laluan pembelajaran dijelaskan dalam Jadual 2.

KAEDAH PENGAJARANPEMBELAJARAN

(1) Kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah seperti yang berikut:
· Kuliah
· Demonstrasi dan pengajaran
· Tutorial
· Pembentangan
· Kritik dan perbincangan – kumpulan dan
/ atau individu
· Maklum balas: Maklum balas lisan berformat ke atas perkembangan projek dan maklum balas bertulis apabila siap sebahagian atau keseluruhan projek atau / dan modul atau / dan penilaian.

(2) Pelajar perlu menghasilkan satu disertasi yang berasaskan penyelidikan atau mengikuti modul yang setara pada tahun akhir kursus pengajian;

(3) Sangkutan industri / penempatan pekerjaan merupakan satu pilihan dan boleh dibenarkan sebagai sebahagian daripada unsur elektif tertakluk kepada persetujuan antara institusi penempatan dengan cadangan pelajar.

PENILAIAN PELAJAR

Penilaian hendaklah berdasarkan kepada prestasi atau kemahiran. Penilaian boleh termasuk peperiksaan dan kerja kursus seperti portfolio, pelaksanaan projek, kaedah pembentangan, komunikasi secara lisan atau bertulis dan penyertaan.

PEMILIHAN PELAJAR
Kriteria minimum kelayakan masuk* bagi semua tahap pengajian: (Kredit dalam Lukisan di peringkat SPM diperlukan; jika tiada, reka cipta atau semakan portfolio ialah satu pilihan)

Sijil : SPM atau yang setara;
Diploma : SPM atau yang setara;
RPL (Portfolio review);
Pra-universiti atau Foundation :
SPM atau yang setara Sarjana muda : SPM dan Foundation ;
SPM dan RPL (Portfolio Review) STPM atau yang setara.
* RPL - Pembelajaran terdahulu yang diiktiraf

STAF AKADEMIK

Nisbah staf akademik kepada pelajar ialah:
Sijil : 1 : 30 orang pelajar
Diploma : 1 : 25 orang pelajar
Sarjana muda : 1 : 15 orang pelajar
Peratusan staf akademik dengan PhD (bagi institusi yang menawarkan kursus pengajian pascaijazah) adalah seperti berikut:

(a) Bagi institusi yang berorientasikan pengajaran : 10 - 50%.

(b) Bagi institusi yang berorientasikan penyelidikan : 50 - 75%.
Bilangan staf akademik sepenuh masa hendaklah melebihi 60% daripada jumlah staf akademik. Kelulusan minimum staf akademik ialah:
Sijil : Ijazah Sarjana Muda
Diploma : Ijazah Sarjana Muda
Ijazah : Ijazah Sarjana

SUMBER PENDIDIKAN
Kemudahan fizikal
·         Bilik kuliah / Seminar: maksimum muatan 50 pelajar
·         Studio.
·         Makmal / Bengkel
·         Perpustakaan yang mengandungi buku dan bahan rujukan yang sesuai dengan kursus pengajian
JADUAL 1 : Reka Bentuk Komponen Profesional Bagi Kursus
Pengajian Seni Lukis dan Seni Reka
1 a. Certificate

JADUAL 1 b
Diploma


JADUAL 1 c
Degree

JADUAL 2 : Laluan Pendidikan Bagi Kursus Pengajian Bidang Seni Lukis
Dan Seni

Educational Pathways For Courses Of Study In The Field Of Art
And Design

Wakil dari IPTS ingin merakamkan amalan IPTS bahawa kelayakan masuk bagi peringkat sijil ialah SPM
dengan satu (1) kepujian atau penilaian portfolio; kelayakan masuk bagi peringkat diploma, ialah SPM
dengan dua (2) kredit atau penilaian portfolio; kelayakan masuk bagi kursus Foundation ialah tiga (3) kredit;
kelayakan masuk bagi peringkat ijazah ialah Sijil Foundation / Pre-University sedangkan kelayakan masuk
bagi peringkat sarjana ialah diploma dan penilaian portfolio atau sarjana muda

21 comments:

  1. boleh tumpany tanya tak?
    saya ingin tahu..saya diploma di Malaysian Institute of Art(MIA),swasta punya..boleh memohon ambil degree course di universiti kebangsaan tak?

    ReplyDelete
  2. Salam,em lau bidang ni ley jamin masa depan x? Lau lpasan diploma,boleh kerja sbg ape je?

    ReplyDelete
  3. ijazah sarjana muda sastera seni halus. Boleh beri pencerahan tentang bidang kerjaya yang berkaitan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau amik seni halus [fine art],awk boleh jadi
      1-artis@pelukis
      blh hantar karya dkt galeri dan jual. Income x tetap tp ms kerja fleksibel. Ada masa harga lukisan blh jd tinggi.

      2-Pensyarah
      Income tetap tp penat dn masa nk melukis kurang.

      3-kurator
      Income tetap tp kena bnyk membaca.

      Delete
  4. Assalamualaikum.. Kalau dh amik fine art ni, masih boleh terlibat dlm pendidikan ke? Sbgai contoh, ingin menjadi guru Seni Visual, apa yang perlu dilakukan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekrang ijazah pendidikan/kpli/dpli/diploma pendidikan dah xleh jd guru..disebbkn lambakkn guru skrg..hny lepasan spm masuk maktab/upsi/mana2 ijazah pendidikan lepasan spm jer leh jd guru..kkwn sy sumer lpesan ijazah..pastu niat nk smbung pendidikn nk jd guru tp xlepas..tp nk jd lecturer tu boleh kot..cuma peluang tipis kt university awam..swasta nyer xtaw lak.ramai pas degree smbung master, tp keje pun xkomfom lgi..unless sarjana pendidikan art..tp pionter kene elok. dan active dlm pertndingn..nk jd cikgu xleh la..unless tutor swasta or jika kerajaan perlu org seni such as keje kt balai seni negara as designer...kratfangan m'sia or mana2 institusi kerajaan lain.

      Delete
  5. Assalamualaikum... Saya bekas pelajar politeknik dan saya sekarang sedang mencari kursus seni ilustrasi atau seni halus.Boleh bagi cadangan dimana tempat yg ada kursus yg saya sebutkn tadi?

    ReplyDelete
  6. Sy lepasan spm yg tengah tunggu keputusan . Di sekolah sye ambik cost akaun tapi sye sangat berminat kpde seni , jadi ade cadangan untk sye tak untuk mohon u mne yg berkaitan seni ni ?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.... saya berminat dgn seni reka tekstil. Universiti dan kolej swasta mana yg ada jurusan nie?.

    ReplyDelete
  8. selepas ambil ijazah sarjana muda seni halus boleh ke sy dapat menjadi guru?
    bagaimana prosedur ingin mnjadi pnsyarah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum, saya nak tanya pada muhd shahrul. Saya lepasan stpm. Ada niat nk sambung ijazah sarjana muda seni halus, teknik lukisan saya masa di pra u saya rasa agak kurang. Saya cuma didedahkan melukis menggunakan pensil dan tidak mahir melukis. Adakah seni halus di peringkat sarjana muda akan jadi berat utk tahap kemahiran saya? Selain itu, awak tahu tk jaminan pekerjaan untk masa hadapan? Saya banyk baca, pekerjaan bagi lulusan ni adalah mnjadi pelukis, dan pensyarah. Peluang untk jdi guru agak sukar sbb tak ada kelulusan dalam bidang pendidikan.? Mohon pendapat encik, saya sangt minat dlm seni cuma risau kn kemahiran yg saya ada utk sambung di peringkat sarjana muda.

      Delete
  9. saya lepasan diploma teknologi tekstil dan berminat nak sambung study dlm sarjana muda seni reka grafik. kalau xde portfolio tu agak2 boleh lepas x time interview nnt? sbb cgpa so far okay lagi.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum..saya lepasan STPM.. saya nak ambil seni halus dekat uitm.. tp waktu STPM saya x ambik seni .. boleh kaa? Saya minat

    ReplyDelete
  11. Tumpang tanya, kalau berjaya dalam bidang ni, kerjaya apa yang akan dapat ? Maksudnya kerja.

    ReplyDelete
  12. Sharizat,tengok atas department yang anda pilih.Contohnya department offine metal design (seni reka logam halus),mungkin anda boleh mendapat pekerjaan di dalam bidang seni reka barangan kemas atau barangan logam .Contoh habib jewels,royal selangor,mariwasa kraftangan.

    ReplyDelete
  13. apakah peluang pekerjaan yang boleh diambil selepas tamat sarjana muda seni gunaan(teknologi seni reka)??

    ReplyDelete
  14. As salam..saya nak tanya..saya sekarang ada diploma culinary art..dan saya ingin mnyambung pengajian dlam bidang fashion..agak2 saya diterima ke sbb saya diploma course lain

    ReplyDelete
  15. Tumpang tanya . Photography termasuk sekali ke dalam bidang ni ?

    ReplyDelete
  16. salam ....jika lepasan spm.. dimanakah tempat utk menyambung pengajian dalam bidang seni reka graphic khusus utk adobe photo,graphic dan sbgnya?

    ReplyDelete
  17. hi, this year i just went for an interview for fakulti seni lukis dan seni reka. i chose fotografi as my first choice which i always wanted. during my interview, the lecturer interviewed with me about photography, i showed the photos i took from my camera but i saved to my phone. the lecturer asked what type of camera i have, i answered that i have canon EOS 600D. during the interviewed, we just talked about photography and i showed my drawings and all.. but unfortunately because my grades on seni was C+ and the lecturer said to me "how can you take seni lukis if your seni in spm get C+" i was speechless that moment because i know i'm not good at studying but i really enjoying art. i'm mostly lebih kepada kemahiran instead of using my brain lol

    then, yesterday the results was out, i got it, but unfortunately i didnt get what i wanted, instead i got SENI LOGAM HALUS, which i have never have an interested in that at all. i even pick that course as my last choice...

    i want to know why i didnt get the photography course since during the interview i showed my photos and even told the lecturer what type of camera i have, but as a results, i got the one i dislike.. please let me know why... i was happy that i got to go in uitm but is STILL upset that i didnt get the course that i really want.. and now both of my parents are disappointed at me...im really sad and i dont know who to tell my feelings to..i hope you can help me..thanks and sorry for such a long comment..

    ReplyDelete

Search This Blog