Monday, 9 April 2012

Kerjaya Kedoktoran



DOKTOR PERUBATAN

Doktor Perubatan merupakan salah satu cabang sains hayatberkenaan menjaga dan mengekalkan kesihatan dan rasa sihat (wellness). Dengan kata lain, perubatan ialah sains untuk mencegah dan menyembuhkan penyakit. Walau bagaimanapun, istilah ini lebih banyak  digunakan untuk perkara yang berkaitandoktor dan doktor bedah.Perubatan meliputi pengetahuan sains dan penggunaan pengetahuan tersebut. Terdapat pelbagai jenis cabang sains perubatan yang spesifik kepada organ dan penyakit tertentu, samaseperti jawatan perubatan (profesi medis).

Sains perubatan ialah pengetahuan mengenai sistem badan dan penyakit, manakala jawatan perubatan merujuk kepada struktur sosial kumpulanmanusia yang dilatih secara rasmi untuk menggunakan pengetahuan tersebut bagi merawat penyakit.Banyak sekolah rawatan tradisi yang tidak dikira sebagai perubatan (barat). Sistemrawatan maju selain perubatan Barat ialah Sekolah Ayurvedis (di India), dan perubatan CinaTradisional. Rencana ini akan menumpukan perhatian kepada rawatan moden (Barat).Amalan perubatan moden merupakan campuran antara seni merawat  serta berbagai-bagaisains. Perubatan mempunyai hubungan terus dengansains kesihatandan bioperubatan.Dalam konteks lebih luas, "perubatan" hari ini merujuk kepada bidang-bidang perubatan klinik, penyelidikan perubatan,  pembedahan, lantasnya mengatasi masalah penyakitdankecederaan. Untuk mengikuti pengajian perubatan tempatan terdapat satu persaingan yang hebat dimana terlalu ramai calon yang layak untuk merebut tempat-tempat pengajian yang terhad. Hanyamereka yang mempunyai kelayakan terbaik iaitu lulus dengan cemerlang di peringkat dalam SijilTinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau yang setaraf dengannya atau lulus cemerlang di peringkat matrikulasi/asasi sains sahaja yang mempunyai kemungkinan untuk mendapat tempatdi universiti-universiti tempatan.

CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN

·         Berminat dengan profesion ini
·         Sentiasa membantu pesakit
·         Menguasai bidang sains dan matematik
·         Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris
·         Tidak takut dengan darah
·         Berkeupayaan melakukan pemeriksaan dan pembedahan
·         Sanggup bekerja tanpa mengira masa dan tempat
·         Berkemahiran berkomunikasi dan mengorganisasi dengan baik


SYARAT UNTUK MENCEBURI BIDANG INI

Untuk menjadi seorang doktor, individu itu harus sekurang-kurangnya Ijazah Doktor Perubatan daripadauniversiti yang di iktiraf kerajaan. Siswazah kedoktoran yang akan berkhidmat sama ada di sektor awam atau swasta adalah tertakluk kepada Medical Act.1971. Bakal doktor perlu memohon kepada Majlis Perubatan Malaysia untuk 
 Provisional  Registration
dan seterusnya menjalani latihan amali selama tidak kurang daripada 12 bulan dihospital yang diluluskan. Selepas tamat latihan amali barulah siswazah layak untuk memohon
 Full Registration
dengan Majlis Perubatan Malaysia sebagai pegawai perubatan dan dikehendaki berkhidmat dengan kerajaan di bawah Perkhidmatan Wajib (Compulsory Service).

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN IPT YANGMENAWARKAN KURSUS PERUBATAN

Syarat Kemasukan
A. Syarat Am

1.      Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan baik.
2.      Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkatSPM/ setaraf .
3.      Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Tahun Asas UTM dengan mendapatsekurang-kurangnya
            PNGK 2.00.
                                                                        ATAU
            Lulus peperiksaan STPM dengan sekurang-kurangnya NGMP 2.00 (Gred C) dalam mata       pelajaran Pengajian Am;
            dan NGMP 2.00 (Gred C) dalam dua (2) mata pelajaran lain
       4.Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

 B. Keperluan Khas Program

1.Matrikulasi Sains Hayat
·         Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50;
                                                dan
·         Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred B+ mata pelajaran Biologi di peringkat Matrikulasi                  KPM/Asasi Sains UM/Tahun Asas UTM 
                                                dan
·         Kepujian mata pelajaran Kimia di peringkat SPM,
                                                dan
·         Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred B+ mata pelajaran Kimia di peringkat Matrikulasi                   KPM/Asasi Sains UM/Tahun Asas UTM 
                                                dan
·         Kepujian mata pelajaran Biologi di peringkat SPM.
2.
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
·         Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred B+ dalam mata pelajaran Biologi pada peringkat      STPM/A Level
                                                dan
·         Kepujian mata pelajaranKimia pada peringkat SPM/O level,
                                                dan
·         Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred B+ dalam mata pelajaran Kimia pada peringkat                       STPM/A Level
                                                dan
·         Kepujian mata pelajaranBiologi pada peringkat SPM/O level,
                                                dan
·         Lulus peperiksaan amali seperti disyaratkan pada peperiksaan mata pelajaran yang dinyatakan di atas.

C. Kelayakan lain sebagai ganti STPM

 Diploma dalam bidang yang sesuai dari UPM atau institusi yang diiktiraf  

D.Lain-Lain Syarat Kemasukan 

·         Fasih berbahasa melayu.
·         Mencapai umur 17 tahun pada tahun kemasukan 
·         Taraf kesihatan yang memuaskan 
·         Memenuhi lain-lain syarat yang ditetapkan oleh Universiti

E. Calon Bukan Warganegara Malaysia

Sertakan surat akuan sekurang-kurangnya dua orang pengadil.

SARJANA MUDA
1.      Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada A Level dalam mata pelajaran berikut :· Kimia· Biologi· Fizik atau Matematik 

                                                                        ATAU
2.      Lulus penuh peperiksaan International Baccalaureate dengan agregat tidak kurang daripada 35dalam bidang Sains dan Matematik 

                                                                        ATAU
3.      Lulus South Australian Matriculation / AUSMAT / NSW HSC dengan TER 85 dan ke atas

                                                                        ATAU
4. Lulus Program Canadian International Matriculation / Canadian Pre University dengan       CGPAtidak kurang daripada 3.50

Kelayakan Minimum Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi UiTM
Syarat Am UniversitiLulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysiakertas Julai;
Dan Lulus Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;
Dan Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test(MUET).
Senarai ipt yang menawarkan kursus perubatan

·         Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
·         Universiti Malaya (UM),
·         Universiti Sains Malaysia (USM),
·         Universiti Putra Malaysia (UPM),
·         Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
·         Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Skop bidang kerjaya
Doktor Perubatan
Doktor Perubatan menentukan jenis penyakit dan merawat pesakit dengan menggunakan perubatan sistem saintifik. Mereka memeriksa pesakit dengan menggunakan stethoskop, alat pengukur tekanan darah dan lain-lain alat perkakas perubatan bergantung kepada tanda-tandayang ditunjukkan oleh pesakit dan mengadakan ujian klinikal x-ray dan ujian histo-pathologikaluntuk menentukan jenis penyakit dengan betul. Mereka mengesyorkan penggunaan ubat berdasarkan keputusan pemeriksaan serta meminta nasihat doktor-doktor atau pakar lain jika perlu. Mereka menjalankan rawatan dan pembedahan kecil dan menasihatkan pesakit tentangcara-cara rawatan serta memberikan dadah dan ubat bius jika perlu. Mereka menyimpan rekod pesakit-pesakit yang dirawatnya, jenis penyakit dan rawatan yang diberikan kepada pesakit.

Keterangan Tugas
·         Memeriksa pesakit untuk menentukan keadaan penyakit;Menjalankan pemeriksaan perubatan dan membuat diagnosis;
·         Menentukan ubat dan rawatan bagi penyakit, gangguan atau kecederaan yang telah didiagnosis;
·         Memberi rawatan perubatan atau pembedahan khas bagi jenis-jenis penyakit, gangguan ataukecederaan yang tertentu;
·         Memberi nasihat mengenai penyakit dan menggunakan kaedah dan rawatan ubat pencegahan;
·         Mengambil bahagian dalam pembangunan dan pelaksanaan undang-undang dan peraturankesihatan awam bagi melindungi dan mempertingkatkan kesihatan umum;
·         Mengajar penuntut perubatan dan penuntut sains kesihatan yang lain, pakar perubatan dan profesional kesihatan yang lain;Menyediakan dokumen dan laporan saintifik;
·         Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;Menyelia pekerja lain.


Ciri-Ciri Peribadi

·         Perihatin terhadap manusia tentang masalah mereka, keperluan serta kesusahan mereka;
·         Mempunyai sifat balas kasihan, berakal, bertenaga, sabar dan tabah;
·         Mempunyai pegangan kukuh akan prinsip-prinsip sains dan penggunaan mereka dalam masalah perubatan;
·         Mempunyai kemahiran pemerhatian dan analisis;
·         Mempunyai emosi yang stabil dan berkebolehan untuk membuat keputusan dalam waktukecemasan;
·         Sihat tubuh badan, kebolehan mental dan stamina fizikal
·         Boleh menghadapi perubahan mengejut dari rutin kepada krisis dan sebaliknya;Berkemahiran berkomunikasi;
·         Sentiasa ingin tahu tentang bagaimana ubat-ubatan boleh memperbaiki hidup;
·         Kemahiran dalam kebolehan pengurusan



Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1,884.30
·         ETP RM 165.00
·         EKA RM 170.00
·         Elaun Kritikal : RM 500.00
Sektor Swasta :
·         Gaji Permulaan RM 5,500.00
 
Prospek Kerjaya

Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan klinik di seluruh negara.Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital swasta dan klinik-klinik dan bagimereka yang telah disahkan oleh panel perubatan bolehlah membuka kliniknya sendiri.Seorang Doktor Perubatan juga boleh melanjutkan pelajarannya dengan pengkhususan dalam bidang-bidang tertentu seperti pakar bedah, pakar saraf, pakar telinga, hidung, kerongkong dan lain-lain.

6 comments:

  1. terima kasih . sangat membantu :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih ia membantu saya untuk membuat folio di sekolah TRIMAS

    ReplyDelete
  3. dalam spm saya mendapat keputusan A- dalam bahasa melayu dan matematik,B+ dalam sejarah,english dan pendidikan moral,C+ dalam biology dan chemistry,C dalam matematik tambahan dan D dalam fizik. saaya perlukan nasihat daripada anda apakah yang saya harus lakukan dengan keputusan spm ini?adakah saya layak masuk usm atau mengambil stpm. saya perlukan nasihat anda.

    ReplyDelete

Search This Blog

Loading...