Sunday 15 April 2012

SENI PERSEMBAHAN







SENI PERSEMBAHAN
PERFORMING ARTS
PANDUAN KRITERIA DAN STANDARD BAGI KURSUS PENGAJIAN DALAM BIDANG
SENI PERSEMBAHAN
CABARAN
· Seni persembahan memainkan peranan penting dan berkembang  dalam masyarakat kita.

· Pembangunan dalam bidang seni persembahan dapat dikenal pasti dalam konteks sosial, ekonomi dan budaya.
· Seniman masa ini dan akan dating perlu berpengetahuan, berkemahiran, kreatif, inovatif, analitis dan kritis untuk memenuhi permintaan masyarakat.

· Amalan seni memerlukan lulusan memaksimum potensi mereka dan membangunkan kebolehan individu dan menyumbang secara berkesan kepada pembangunan industri seni persembahan yang pesat berkembang.

· Bantuan kewangan dan perundangan sektor kerajaan dan swasta penting untuk pertumbuhan dan maruah seni persembahan.

MATLAMAT PENDIDIKAN / OBJEKTIF AM KURSUS PENGAJIAN SENI PERSEMBAHAN

Untuk melatih dan melahirkan pendidik, ahli persembahan, pencipta, pengurus dan personel relevan yang kreatif, inovatif, analitis dan berpengetahuan untuk berkhidmat kepada masyarakat dan memenuhi keperluan berbagaibagai sektor industri seni persembahan. Objektif pendidikan setiap tahap pengajian seni persembahan dinyatakan seperti yang berikut ;

Sijil

a. Untuk memberi pengetahuan asas dalam amalan seni persembahan dengan kursus pengajian latihan  berorientasikan kemahiran vokasional.

b. Untuk memberi fokus kepada pembangunan kemahiran asas persembahan / teknikal
bersesuaian dengan disiplin tertentu.

c. Untuk menggalakkan kepekaan estetik, artistik dan budaya.

Diploma

a. Untuk menyediakan pengetahuan dan kefahaman khusus dalam pembangunan kemahiran kreatif dalam seni persembahan.

b. Untuk memudahkan pembangunan kemahiran penyelesaian masalah yang berkesan dalam pelbagai situasi pembelajaran dan mencipta persekitaran yang menggalakkan eksplorasi idea-idea yang ekspresif, analitis dan kreatif di samping memperoleh kemahiran penilaian.

c. Untuk memupuk keupayaan bekerja dengan cekap dan menggunakan kemahiran yang diperoleh (termasuk teknologi) pada tahap yang sesuai dalam konteks yang relevan selaras dengan bidang pekerjaan yang luas dalam industry seni persembahan.

d. Untuk memberi latihan ke arah memahami isu-isu dalam konteks yang luas dan kaitannya dengan aktiviti-aktiviti profesional.

e. Untuk menyediakan kemahiran kritikal ke arah penilaian dan komunikasi idea serta teknik-teknik artistik.

Ijazah Sarjana Muda

a. Untuk membangunkan kemahiran dan pengetahuan khusus yang menggalakkan keupayaan profesional dan kognitif yang perlu  untuk industri seni persembahan.

b. Untuk memupuk dan mengaitkan asas sejarah, teori dan praktikal dalam seni persembahan dalam persekitaran yang menggalakkan dan memupuk kreativiti, analisis
kritikal dan pembangunan pengetahuan.

c. Untuk mempermudah pembangunan pemikiran kritikal dan pemahaman kontekstual
bersesuaian dengan amalan profesional.

d. Untuk menyediakan strategi penyelidikan dan menggalakkanpembelajaran kendiri ke arah pembangunan akademik dan profesional yang berterusan.

e. Untuk menyediakan kemahiran berkomunikasi multimodal (contoh :penulisan, pembentangan lisan, demonstrasi, persembahan) bagi menyatakan, memperjelas dan mempersembahkan hasil kerja yang dicipta dan dibangunkan sepanjang tempoh belajar.

f. Untuk menyediakan pengalaman antara disiplin yang menggalakkan pemahaman luas terhadap bidang seni persembahan dalam konteks sosial.


HASIL PEMBELAJARAN / OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir kursus pengajian ini, lulusan akan berupaya untuk :

Sijil

a. Memperlihatkan pengetahuan asas tentang kemahiran khusus.

b. Menggunakan pengetahuan dan teknik-teknik yang dipelajari.

c. Menyampaikan idea dan kemahiran secara berkesan.

Diploma

a. Memperlihatkan kefahaman teori dan praktikal.

b. Menggunakan kemahiran yang diperoleh dari pengalaman praktikal dalam konteks profesional.

c. Bekerjasama dan menyumbang secara berkesan dan positif dalam situasi profesional.

d. Menggunakan pengetahuan berteknologi yang diperoleh.

e. Berkomunikasi secara berkesan dalam konteks profesional.

f. Menggunakan penilaian kendiri secara kritis dan analitis.

Ijazah Sarjana Muda
a. Mengenal pasti, menganalisis dan menjelaskan hubungan antara teori dengan praktik.

b. Menggunakan kemahiran praktikal dan profesional yang diperoleh dalam penzahiran dan pembentangan hasil kerja kreatif.

c. Menjalankan kajian dengan kesedaran sosial, tanggungjawab dan integriti.

d. Menangani isu-isu kompleks secara kreatif, melalui penilaian bernas dan menyampaikan kesimpulan dengan jelas kepada pendengar yang terdiri daripada pakar dan bukan pakar.

e. Memperlihatkan kesedaran kritikal terhadap perkembangan semasa dan/atau perkembangan baharu dalam bidang ini.

f. Menunjukkan keaslian dalam penggunaan pengetahuan serta pefahaman bagaimana teknikteknik penyelidikan dan pertanyaan digunakan untuk mencipta dan menterjemah pengetahuan.

g. Menyampaikan hasil kajian dengan tepat dan meyakinkan dengan hujah yang berstruktur dan logik.

REKA BENTUK PROGRAM

Kurikulum mesti meliputi :

ü  Unsur asas dan fundamental
ü  Pengetahuan dan kemahiran teras
ü  Pengajian kontekstual
ü  Amalan praktikal / profesional
Tempoh pengajian :

ü  Sijil : Minimum 3 semester;
ü  Diploma : 6 – 9 semester;
ü  Ijazah : 6 – 10 semester.
ü   
KELAYAKAN DALAM BIDANG SENI
PERSEMBAHAN

Kelayakan dalam bidang Seni Persembahan boleh terdiri daripada (tetapi tidak terhad) kepada yang berikut :
* Semua ijazah ialah ijazah Sarjana Muda (Kepujian)
Muzik

Sijil Muzik
o   · Persembahan
o   · Teknologi Audio

Diploma Muzik
o   · Persembahan
o   · Pedagogi
o   · Teknologi
o   · Kejuruteraan & Produksi
o   · Pengurusan & Perniagaan

Sarjana Muda Muzik
o   · Persembahan
o   · Pedagogi
o   · Teknologi
o   · Kejuruteraan & Produksi
o   · Pengurusan & Perniagaan
o   · Pendidikan
o   · Penggubahan
o   · Media

Pascaijazah (Sarjana / Kedoktoran)

ü  · M.Mus. MA. MBA, M.FA, MEd. MPhil.
ü  · Kedoktoran profesional : dalam  bidang berkaitan
1.       · Doktor Falsafah (PhD)
Seni Tari

Sijil
ü  · Sijil Seni Tari (Genre)
ü  · Sijil Labanotation
ü  · Sijil Persembahan
ü  · Sijil Penggubahan
ü  · Sijil Seni Persembahan (Seni Tari)
Diploma
ü  · Diploma Seni Tari
ü  · Diploma Labanotation
ü  · Diploma Koreografi
ü  · Diploma Seni Persembahan (Seni
Tari)
ü  Sarjana Muda
ü  · Sarjana Muda Sastera (Seni Tari)
ü  · Sarjana Muda Seni Persembahan
ü  (Seni Tari)
ü  · Sarjana Muda Seni Persembahan
ü  (Seni Tari)
ü  · Sarjana Muda Seni Halus (Seni
ü  Tari)
ü  · Sarjana Muda Sastera (Pengajian
ü  Seni Tari)

Pascaijazah
· M.A. (Seni Tari), M.A. (Pengajian Seni Tari),
· M.PA. (Seni Tari), M.FA (Seni Tari)
· Ph.D. (Pengajian Seni Tari /
Pengajian Persembahan / Etnokoreologi / Perubatan Seni Tari)

Drama
Sijil
ü  · Sijil Lakonan
ü  · Sijil Teknikal
-       Teater / Produksi
ü  - Pembinaan Set
-       Pembinaan Kostum
-       Lampu
-       Bunyi
-       Pengurusan Pentas
ü  · Sijil Teater (Pengajian Asas)
Diploma
ü  · Diploma Seni Persembahan
-       Lakonan
-       Pengarahan
-       Penulisan
-       Pengurusan Pentas
-       Pengurusan Seni
-       Reka Bentuk Teater
-       Produksi (Televisyen & Filem)

Sarjana Muda
ü  · Sarjana Muda Sastera
-       Pengajian Teater
-       Seni Pertunjukan
ü  · Sarjana Muda Seni Halus
-       Lakonan
-       Penulisan
-       Reka Bentuk Teater
-       Filem/ Produksi Televisyen
-       Teater Muzik
-        
Pascaijazah
ü  · Sarjana Sastera
-       Pengajian Teater
-       Pengajian Seni Pertunjukan
-       Teater dalam Pendidikan
-       Pengurusan Seni
-       Dasar Seni
ü  · Sarjana Seni Halus
-       Lakonan
-       Pengarahan
-       Penulisan
-       Teater untuk Belia
-       Reka Bentuk Teater
-       Lampu
-       Kostum
-       Set
-       Bunyi
-       Produksi Filem dan Televisyen / Pasca produksi
-       Pengarahan Filem
-       Sinematografi
-       Penyuntingan
ü  · Doktor Falsafah (PhD)
-       Sejarah Teater
-       Dramaturgy
-       Pengajian Persembahan
-        
*Sarjana Seni Halus (M.FA) ialah ijazah profesional yang tertinggi ditawarkan oleh universiti di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada yang memerlukan kelayakan matrikulasi tidak kurang daripada 3 tahun. Ijazah ini diiktiraf setara dengan Ph.D. untuk kerjaya di dalam dan di luar dunia akademik yang memerlukan kepakaran dengan pengalaman dan
penciptaan.

KAEDAH PENGAJARANPEMBELAJARAN
Semua pengajar perlu sedar dan patuh kepada amalan terbaik dalam keselamatan dan kesihatan dalam disiplin masing-masing serta amalanamalan lain yang dilaksanakan.

1. Kaedah pengajaran-pembelajaran termasuk, tetapi tidak terhad, kepada berikut sebagaimana dilaksanakan di tahap yang relevan;
- Kuliah, pengenalan dan taklimat tentang projek / tugasan / topik / isu-isu.

- Demonstrasi dan arahan ke atas kemahiran hands-on dalam studio / bengkel /makmal.

- Pengalaman praktikal dan latihan hands-on dalam bidang
1.       berkaitan.
- Tutorial – projek studio atau pembangunan tugasan (kumpulan dan / atau individu).
- Pembentangan– menyampaikan (penulisan dan lisan) hasil projek.
- Kritikan dan diskusi – kumpulan dan/atau individu
- Formatif – maklum balas kemajuan projek secara lisan dan bertulis dan ringkasan bertulis (sebahagian atau keseluruhan) di atas projek dan / atau modul, dan / atau tugasan.

- Apresiasi dan kritikan terhadap persembahan.
- Kelas sarjana oleh pakar, para profesional dan pengamal.
- Merekodkan dan menganalisis pertumbuhan artistik dan pengalaman peribadi melalui jurnal dan esei reflektif.
- Persembahan secara individu atau berkumpulan di hadapan penonton atau pensyarah/mentor.

2. Pelajar ijazah perlu menghasilkan sebuah tesis berasaskan penyelidikan atau persembahan atau mengambil modul yang setara.

3. Bagi ijazah profesional / gunaan,sangkutan industri / penempatan pekerjaan dan pengalaman produksi hendaklah menjadi sebahagian daripada unsur elektif setelah mendapat persetujuan antara institusi dengan cadangan pelajar.

PENILAIAN PELAJAR
Penilaian berasaskan prestasi atau keupayaan. Ini termasuk kerja kursus, peperiksaan, portfolio, jurnal, esei, projek, persembahan, pembentangan, kemahiran komunikasi dan penyertaan secara lisan atau bertulis dan penglibatan.

Sijil
1. Kriteria penilaian boleh dilakukan dalam bentuk:
a. Mata pelajaran kemahiran teras:
- kerja kursus (projek dan /atau tugasan);
- projek akhir / tugasan;
- peperiksaan
b. Mata pelajaran teori dankontekstual :
- Kerja kursus (projek /tugasan);
- Peperiksaan akhir / kertas kerja / projek.
2. Kriteria penilaian bagi mata pelajaran kemahiran teras boleh merangkumi aspek:
a. Idea / konsep;
b. Persembahan visual / aural;
c. Aplikasi kemahiran, teknik dan media;
d. Kaedah pembentangan:
- Komunikasi lisan / bertulis
- Demonstrasi keupayaan melalui persembahan penzahiran fizikal atau rendering.
e. Penilaian sangkutan industri / penempatan pekerjaan (yang  mana berkaitan);
f. Aspek lain yang berkaitan.

Diploma
1. Penilaian boleh dikendalikan dalambentuk berikut:
a. Mata pelajaran kemahiran teras:- kerja kursus (projek dan / atau tugasan);
- jurnal;
- tugasan / projek akhir;
- peperiksaan
b. Mata pelajaran teori dan pengajian kotekstual:
- kerja kursus – tugasan /projek kajian / penyelidikan;
- peperiksaan / kertas kerja /projek.
2. Kriteria penilaian bagi mata pelajaran kemahiran teras boleh merangkumi aspek berikut:
a. Idea / konsep / rasional;
b. Pembentangan visual/aural idea / konsep / rasional;
c. Aplikasi / penjelajahan / eksploitasi kemahiran, teknik dan media;
d. Kaedah pembentangan:
- Komunikasi lisan / bertulis
- Demonstrasi kebolehan melalui persembahan atau penzahiran fizikal atau rendering
- Bukti pembelajaran, survey , penyelidikan dan rujukan
e. Penilaian sangkutan industri / penempatan pekerjaan (yang mana berkaitan);
f. Aspek lain yang berkaitan.

Ijazah Sarjana Muda
1. Penilaian boleh dilakukan dalam bentuk berikut:
a. Mata pelajaran kemahiran teras:
- kerja kursus (projek dan/atau tugasan);
- projek / tugasan akhir;
- peperiksaan
b. Mata pelajaran teori dan pengajian kontekstual:
- Kerja kursus – tugasan / projek berasaskan survey atau penyelidikan;
- Peperiksaan / kertas kerja / projek.
2. Kriteria penilaian bagi mata pelajaran kemahiran teras boleh merangkumi aspek aspek:
a. Idea / konsep / rasional;
b. Pembentangan aural / visual penzahiran idea / konsep / rasional;
c. Aplikasi / eksplorasi / ekspoitasi kemahiran, teknik dan media;
d. Kaedah pembentangan:
- Komunikasi lisan / bertulis
- Bukti pembelajaran analitis, survey, penyelidikan, penemuan dan rujukan
e. Penilaian sangkutan industri /penempatan pekerjaan (yang mana berkaitan);
f. Aspek-aspek lain yang berkaitan.

PEMILIHAN PELAJAR

Kelayakan masuk minimum* bagi semua tahap pengajian:Temu duga, uji bakat atau portfolio adalah perlu (di mana berkenaan)

Sijil
PMR atau yang setara, temu duga, uji bakat dan / atau RPL**

Diploma

SPM atau yang setara, dan/atau temu duga, uji bakat, portfolio, surat sokongan dan/atau RPL Ijazah Sarjana Muda STPM atau yang setara, Diploma dan/ atau RPL

**RPL (Pembelajaran Terdahulu yangDiiktiraf)

STAF AKADEMIK

Nisbah staf akademik denganpelajar ialah:
ü  Sijil - 1:25 pelajar
ü  Diploma - 1:20 pelajar
ü  Sarjana muda - 1:15 pelajar

 Nisbah staf separuh masa :sepenuh masa mengikut peringkat :
ü  Sijil - 70% : 30%
ü  Diploma - 60% : 40%
ü   Ijazah - 40% : 60%
*Calon yang diterima masuk dengan kelayakan rendah daripada yang ditetapkan oleh Kementerian hendaklah dimaklumkan bahawa mungkin mereka tidak akan layak mendapat pinjaman daripada kerajaan atau swasta dan Sijil Kelulusan mereka tidak diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam


3. Peratusan staf akademik sepenuh masa dengan Ph.D. (bagi institusi yang mengendalikan kursus pengajian pascaijazah) adalah seperti berikut:
(a) Bagi institusi yang berorientasikan kerja kursus / pengajaran : 20-50%.
(b) Bagi institusi yang berorientasikan penyelidikan : 50- 75%.
4. Kelayakan minimum staf akademik ialah:

Sijil

Ijazah sarjana muda ATAU diploma dengan 3 tahun pengalaman kerja yang relevan ATAU pencapaian profesional dalam bidang berkaitan tertakluk kepada penilaian rakan sejawat.

Diploma

Ijazah sarjana muda ATAU diploma dengan 5 tahun pengalaman kerja yang relevan ATAU pencapaian profesional dalam bidang yang berkaitan tertakluk kepada penilaian rakan sejawat. Ijazah Sarjana Muda Sarjana ATAU sarjana muda dengan 5 tahun pengalaman yang signifikan dalam bidang khusus ATAU kepakaran
yang diiktiraf dalam bidang khusus tertakluk

SUMBER PENDIDIKAN
Institusi perlu mematuhi peruntukan keselamatan dan kesihatan yang termaktub dalam Akta Pekerjaan,Keselamatan dan Kesihatan 1994.sumber-sumber termasuk,  tidak terhad kepada,  keperluan seperti yang sesuai:

a. Kemudahan fizikal
ü  · Dewan / bilik kuliah;
ü  · Studio untuk pengajaran;
ü  · Ruang untuk pementasan
ü  · Ruang bengkel
ü  · Studio latihan
ü  · Bilik Ensemble
ü  · Studio reka bentuk
ü  · Bilik pelajar berkreatif / interaktif
ü  · Bilik seminar / persidangan dengan
ü  kelengkapan IT/AV
ü  · Bilik audio / visual
b. Makmal / Studio / PeralatanKomputer / Perisian
ü  · Makmal komputer dengan kemudahan internet dan perisian yang diperlukan.
ü  · Reka Bentuk Bantuan Komputer
ü  (CAD)
ü  · Perakaman suara / editing /mixing
ü  · Suntingan filem / video
ü  · Pengeluaran filem / video
ü  · Grafik digital
ü  · Peralatan / kelengkapan lain
c. Perpustakaan
ü  · Buku yang berkaitan dengan kandungan asas dan teras
ü  · Teks, skor, skrip, lakon layar, catatan
ü  · Alat bantu visual / aural
ü  · Jurnal / terbitan berkala
ü  · Bahan-bahan arkib
ü  · Majalah Seni Persembahan
ü  · Pangkalan data elektronik
ü  · Sumber multimedia

LALUAN PENDIDIKAN BAGI KURSUS PENGAJIAN BIDANG SENI PERSEMBAHAN



1 comment:

  1. Top 10 Casinos in Canada With Real Money Slots
    If you are 인천 휴게텔 looking 스피드 바카라 for a Canadian Casino site that is fun to play with a deposit bonus and 강원 랜드 떡 have a huge selection of slot 바카라총판양방 games, then it is time to 카심바

    ReplyDelete

Search This Blog