Sunday 15 April 2012

KESETIAUSAHAAN






KESETIAUSAHAAN
SECRETARYSHIP
CABARAN
·         · Untuk menyeimbangkan penyertaan kaum lelaki dan perempuan dalam profesion.
·         · Untuk meningkatkan citra kesetiausahaan sebagai pilihan yang diutamakan
·         · Untuk memenuhi permintaan antarabangsa dan globalisasi.
·         · Untuk memahami dan peka kepada kepelbagaian budaya
·         · Untuk mengubah minda setiausaha dan masyarakat tentang profesion kesetiausahaan dan laluan kerjayanya.
MATLAMAT PENDIDIKAN / OBJEKTIF AM KURSUS PENGAJIAN KESETIAUSAHAAN

Untuk melahirkan setiausaha / pembantu pentadbir yang:
· Berpengetahuan dan kompeten dalam tugas-tugas kesetiausahaan dan fungsifungsi pentadbiran.
· Mahir dalam bahasa-bahasa, dan peka kepada kepelbagaian budaya
· Dapat menyesuaikan diri dalam apa jua persekitaran organisasi
· Kemas kini dengan teknologi pentadbiran/ pejabat yang kian berubah
· Beretika
· Prihatin tentang keperluan untuk pendidikan peribadi dan profesional yang berterusan.

HASIL PEMBELAJARAN / OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir kursus pengajian lulusan akan berupaya untuk:

Sijil
Berupaya untuk:
· Menguruskan dan menyelenggarakan sistem fail.
· Menghasilkan / menaip dokumen perniagaan.
· Menangani penerimaan dan penghantaran komunikasi.
· Menggunakan perisian komputer pejabat.
· Berkelakuan mengikut nilai etika profesion yang telah diterima.
· Melaksanakan tanggungjawab asas pentadbiran pejabat.
· Menguruskan wang runcit.
· Bekerja dalam kumpulan.

Diploma

Berupaya untuk:
· Menguruskan dan menyelenggarakan sistem pentadbiran pejabat.
· Menggunakan kemahiran mengambil nota.
· Menyediakan / menaip dokumen perniagaan.
· Menggunakan perisian komputer pejabat.
· Bekerja secara bebas dan proaktif.
· Menangani penerimaan dan penghantaran komunikasi.
· Menggunakan kemahiran interpersonal.
· Berkelakuan mengikut nilai-nilai etika profesion yang telah diterima.
· Menjadi sumber rujukan.
· Menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam lingkungan tanggungjawab yang ditentukan.
· Menyelaras dan mengurus tugas-tugas pentadbiran pejabat.
· Mengaplikasikan pengetahuan perniagaan dalam persekitaran pekerjaan.
· Bekerja dalam kumpulan.
· Melaksanakan kesinambungan perkembangan personal dan professional secara berterusan
· Menunjukkan kefahaman umum tentang aktiviti perniagaan dan organisasi

REKA BENTUK KURSUS PENGAJIAN
Sijil
Kandungan (%)
Teras %
Kemahiran pengkomputeran pengguna 20% - 30%
Komunikasi 20% - 30%
Penggunaan papan kekunci 10% - 20%
Sistem organisasi pejabat dan prosedur 20% - 30%
Kemahiran asas imej profesional 5% - 10%

Diploma
Kandungan (%)
Teras %
Teknologi pejabat dan komunikasi 20% - 40%
Pengurusan pejabat 15% - 25%
Fungsian bidang perniagaan 15% - 25%
Kemahiran imej profesional 5% - 10%
Pengambilan nota 5% - 15%

Nota :
Mata pelajaran elektif tidak melebihi 20% boleh dimasukkansebagai sebahagian daripada kandungan diploma.
KELULUSAN DALAM KESETIAUSAHAAN
Sijil
· Sijil Pengajian Kesetiausahaan
· Sijil Kesetiausahaan
· Sijil Amalan Kesetiausahaan
· Sijil E-Kesetiausahaan
Diploma
· Diploma Pengajian Kesetiausahaan
· Diploma Eksekutif Kesetiausahaan
Diploma Eksekutif Kesetiausahaan dan Pentadbiran
· Diploma E-Kesetiausahaan
· Diploma Amalan Kesetiausahaan
· Diploma Pentadbiran Kesetiausahaan

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
· Kuliah
· Tutorial
· Praktikal / simulasi persekitaran pembelajaran
· Projek
· Pembentangan projek
· Pembelajaran berasaskan masalah (PBM)
· Carian perpustakaan
· Sandaran atau penempatan di Industri
· Makmal komputer
PENILAIAN PELAJAR
Kerja kursus
· Tugasan
· Kuiz / Ujian penilaian
· Projek (penilaian kumpulan / individu dan rakan)
· Pembentangan kelas
· Pemerhatian
· Laporan latihan industry Peperiksaan akhir

PEMILIHAN PELAJAR

Sijil
SPM atau yang setara

Diploma
SPM 3 kredit atau yang setara atau sijil bidang kesetiausahaan dengan SPM 2 kredit.

STAF AKADEMIK
Sijil
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang atau disiplin yang berkaitan.
Diploma dalam bidang atau disiplin yang berkaitan tertakluk kepada penilaian sejawat.
Diploma
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang atau disiplin yang berkaitan.
Diploma dalam bidang berkaitan dengan minimum 3 tahun pengalaman kerja tertakluk kepada penilaian sejawat.

SUMBER PENDIDIKAN
a. Kemudahan Fizikal:
· Bilik kuliah / dewan / studio dengan kemudahan grooming (seperti cermin, meja berhias, dll.)
· Model pejabat dengan kelengkapan
yang sesuai
b. Makmal / studio / hardware / software
· Makmal komputer dengan Internet access & dedicated software
· Bilik Audio Visual
c. Perpustakaan
· Buku-buku berkaitan dengan kandungan asas dan teras
· Pangkalan data online
· Teks, majalah berkaitan, penerbitan berkala / jurnal, bank soalan peperiksaan, sumber multi-media
· Contoh kertas projek dan tugasan / laporan latihan industri / laporan tahunan syarikat-syarikat
· Mesin penyalin
STRUKTUR DAN KANDUNGAN KURSUS PENGAJIAN SIJIL

Rujuk Jadual 1

STRUKTUR DAN KANDUNGAN KURSUS PENGAJIAN DIPLOMA

Rujuk Jadual 2

LALUAN PENDIDIKAN

Rujuk Jadual 3
Jadual 1: Reka Bentuk Komponen Kursus Pengajian Sijil Kesetiausahaan

Jadual 2: Reka Bentuk Komponen Kursus Pengajian Diploma Kesetiausahaan


Jadual 3: Laluan Pendidikan Bagi Kursus Pengajian Bidang Kesetiausahaan




5 comments:

  1. kat mane nak ambil kursus ni?

    ReplyDelete
  2. sekarang nak ambil kursus macam mana ya

    ReplyDelete
  3. hai..macamna nak pohon kursus

    ReplyDelete
  4. Boleh ke klau budak aliran perniagaan , akaun Dan seni ambil kursus ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi ye boleh..saya aliran sama mcm awak ..skerang amek bidang ni☺️

      Delete

Search This Blog