Monday 9 April 2012

HOSPITALITI, PELANCONGAN DAN SENI KULINARI


PELUANG DAN CABARAN
Peluang

Ø  Industri hotel dan pelancongan ialah penyumbang kedua terbesar kepada perdagangan luar (perolehan pertukaran asing) dan KDNK;
Ø  Industri ini bersifat intensif buruh dan pasarannya pelbagai.
Ø  Bidang ini memerlukan pekerja yang terlatih untuk memenuhi peluang pekerjaan
Ø  yang disediakan;
Ø  Lulusan bidang ini layak bekerja di industri perkhidmatan yang berkaitan;
Ø  Kelulusan diterima sejagat.

Cabaran
1.    Industri ini baru dan sedang berkembang. Satu masalah yang dihadapi ialah kekurangan tenaga pengajar yang berpengalaman;
2.    Umum melihat bidang pengajian ini sebagai berkaitan dengan kemahiran dan kurang menekankan aspek akademik;
3.    Keperluan untuk membangunkan imej positif bidang ini;
4.    Keperluan untuk mendidik masyarakat kerana mereka kurang kefahaman tentang bidang ini;
5.     Pulangan pelaburan adalah rendah dan lambat, tambahan pula pakej gaji
          tidak dapat mengekalkan staf yang berpengalaman dan mahir;
6.    Perantisan masih diamalkan: lulusan memulakan kerjaya mereka pada
           tahap yang rendah;
     7.Turun naik industri mengakibatkan ketidakstabilan pekerjaan.
MATLAMAT PENDIDIKAN / OBJEKTIF AM KURSUS PENGAJIAN HOSPITALITI,
PELANCONGAN DAN SENI KULINARI

Untuk melahirkan profesional dalam bidang hospitaliti, pelancongan & seni kulinari yang beretika, berkebolehan dan mampu bersaing dalam disiplin berkenaan serta:
1. Dilengkapi pelbagai kemahiran yang sesuai dengan industri;
2. Mampu bekerja dalam berbagai-bagai sektor perkhidmatan;
3. Mampu menyumbang kepada pertumbuhan dan pembaikan berterusan industri dengan menggunakan keupayaan perancangan taktikal dan strategik.
HASIL PEMBELAJARAN / OBJEKTIF KHUSUS
Selepas menamatkan kursus pengajian di pelbagai tahap, lulusan akan berupaya
untuk:

Seni Kulinari
Sijil
1. Menyediakan dan menghasilkan sajian mengikut piawai yang dikehendaki;
2. Mengikuti pembelajaran seterusnya di tempat kerja untuk peningkatan kerjaya
atau pendidikan pada masa hadapan.

Diploma
1. Merancang, mengguna, melaksanakan dan menyelia tugasan yang diberikan;
2. Berterusan meningkat dan perkukuh diri melalui pembelajaran seumur
hidup;
3. Memperkukuh kualiti industri melalui latihan dan pembangunan;
4. Mempamerkan kemahiran kepimpinan pada tahap penyeliaan;
5. Mengamalkan sistem keselamatan,kawalan kebersihan dan kebersihan
makanan.

Ijazah Sarjana Muda
1. Menjalankan pelbagai fungsi pengurusan dalam operasi dapur;
2. Menjalankan penyelidikan dan jawatan dan kemajuan kerjaya dalam industri;
6. Menggunakan dan menilai semula prinsip dan kemahiran pengurusan
dalam industri;
7. Mengenal pasti dan menilai kepelbagaian budaya dan berkomunikasi secara berkesan dalam pelbagai konteks budaya.

REKA BENTUK KURSUS PENGAJIAN
Sijil

Menyediakan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan di tahap kemasukan alam
pekerjaan dalam industri, serta peluang pendidikan berterusan untuk pembangunan kerjaya.

Diploma

Menyediakan pelajar dengan kemahiran untuk mencari pekerjaan dalam industri di peringkat penyeliaan dan pengurusan rendah.

Ijazah Sarjana Muda

Menyediakan pelajar dengan kemahiran praktikal yang diperlukan serta pengetahuan teori untuk mencapai kedudukan pengurusan.

Struktur kursus pengajian dilampirkan dalam Jadual 1, 2 dan 3.

KELAYAKAN BIDANG HOSPITALITI, PELANCONGAN DAN SENI KULINARI

Sijil dan Diploma

Kelayakan dalam bidang hospitaliti,pelancongan dan seni kulinari bagi paling tinggi dalam kesihatan, keselamatan dan etika;
7. Mengamalkan motivasi dan pembangunan diri, dan mencari
peluang pembelajaran seumur hidup.

Ijazah Sarjana Muda
1. Mengenal pasti dan mengutamakan pelanggan dan keperluan mereka;
2. Menganalisis dan menilai pengaruh persekitaran perniagaan hospitaliti;
3. Menggunakan dan mengkaji semula prinsip operasi pengurusan hospitaliti;
4. Mengenal pasti dan menilai maklumat untuk membuat keputusan;
5. Menggunakan dan mengkaji semula prinsip pengurusan sumber manusia;
6. Mengenal pasti dan menilai kepelbagaian budaya dalam kumpulan kerja dan pelanggan;
7. Menggunakan prinsip pengurusan perakaunan;
8. Mentafsir konsep pemasaran dan membuat perancangan pemasaran;
9. Menggunakan teori pengurusan dalam industri hospitaliti.

Pelancongan

Sijil
1. Merancang, menyusun dan menyelaras aktiviti pelancongan;
2. Mengendalikan semua khidmat pelancongan dan melaksanakan fungsi di hadapan kaunter;
3. Menjalankan latihan sambil bekerja dalam industri pelancongan pada tahap pengoperasian dengan peluang untuk meningkat ke tahap penyeliaan;
4. Berketrampilan dalam aspek pengoperasian industri pelancongan;
5. Mematuhi kod perlakuan profesional; 6. Menjalankan pembelajaran berterusan di tempat bekerja untuk peningkatan kerjaya atau pendidikan masa depan;
7. Mengendalikan sistem tempahan berkomputer.

Diploma
1. Melakukan tugas dan tanggungjawab operator pelancongan;
2. Merancang, menjalankan, melaksanakan dan menyelia tugasan yang diberi;
3. Berterusan meningkat dan memperkukuhkan diri melalui pembelajaran sepanjang hidup;
4. Menyumbang untuk meningkatkan kualiti industri pelancongan melalui latihan dan pembangunan;
5. Mempamerkan kemahiran kepimpinan pada tahap penyeliaan;
6. Memahami konsep yang berkaitan dengan industri pelancongan;
7. Mematuhi kod perlakuan profesional;
8. Menjalankan latihan sambil bekerja dalam industri pelancongan di tahap penyeliaan dengan peluang untuk memikul tanggungjawab peranan pengurus rendah;
9. Mengendalikan sistem tempahan berkomputer.

Ijazah Sarjana Muda
1. Menjalankan pelbagai fungsi pengurusan;
2. Melatih staf rendah di semua peringkat industri pelancongan;
3. Menjalankan penyelidikan dan pembangunan operasi pelancongan,pembangunan destinasi pelancongan dan projek pelancongan yang lain;
4. Mematuhi kod perlakuan profesional;
5. Membangunkan kemahiran boleh pindah untuk tahap kemasukan jawatan dan kemajuan kerjaya dalam industri;
6. Menggunakan dan menilai semula prinsip dan kemahiran pengurusan
dalam industri;
7.Mengenal pasti dan menilai kepelbagaian budaya dan berkomunikasi secara berkesan dalam pelbagai konteks budaya.

REKA BENTUK KURSUS PENGAJIAN

Sijil

Menyediakan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan di tahap kemasukan alam pekerjaan dalam industri, serta peluang pendidikan berterusan untuk pembangunan kerjaya.

Diploma

Menyediakan pelajar dengan kemahiran untuk mencari pekerjaan dalam industri di peringkat penyeliaan dan pengurusan rendah.

Ijazah Sarjana Muda

Menyediakan pelajar dengan kemahiran praktikal yang diperlukan serta pengetahuan teori untuk mencapai kedudukan pengurusan.

Struktur kursus pengajian dilampirkan
dalam Jadual 1, 2 dan 3.

KELAYAKAN BIDANG HOSPITALITI, PELANCONGAN DAN SENI KULINARI

Sijil dan Diploma

Kelayakan dalam bidang hospitaliti, pelancongan dan seni kulinari bagi peringkat sijil dan diploma adalah seperti
berikut:

ü  Sijil dalam Pengurusan Kerja Depan
ü  Diploma dalam Latihan Ketua /Chef
ü  Ijazah Sarjana Muda
ü  Kelayakan bagi peringkat ijazah adalah,sebagai contoh, adalah sama ada;
ü  Bachelor Hospitaliti (Khidmat Makanan) atau
ü  Bachelor Khidmat Makanan

Hospitaliti:

§  Operasi Hotel (C)
§  Pengurusan Hotel (D/B/M)
§  Operasi Makanan & Minuman (C)
§  Pengurusan Makanan & Minuman (D)
§  Pengurusan Hospitaliti (B/M)
§  Pengurusan Hotel & Resort (D/B/M)
§  Pengurusan Resort (D/B/M)
§  Operasi Khidmat Makanan (C)
§  Pengurusan Khidmat Makanan (D/B/M)
§  Pengurusan Kelab (D/B)
§  Pemgurusan Acara (D/B/M)
§  Pengurusan Runcit (D/B/M)
§  Pembahagian Bilik (C/D)
§  Gastronomi (B/M)

Pelancongan:

§  Kajian Pelancongan (C)
§  Pengurusan Pelancongan (D/B/M)
§  Pengurusan Rekreasi & Santai (D/B/M)
§  Perancangan & Pembangunan (D/B/M)
§  Jurupandu Pelancong (C/D)
§  Tempahan & Ticketing (C)
§  Operasi Melancong (C)
§  Operasi Pelancongan (C/D)
§  Pengurusan Acara (D/B/M)
Seni Kulinari:
§  Latihan Tukang Masak (C/D)
§  Pengeluaran Makanan (C)
§  Kemahiran Kulinari (C)
§  Seni Kulinari (C/D/B/M)
§  Seni Pastri (C/D/B)
§  Baking (C/D)
§  Pastri & Bakeri (C/D/B)
§  Pengurusan Katering (D/B/M)
§  Pengurusan Pengeluaran Makanan (D/B)
§  Katering Pelanggan Institusi (D/B)
§  Penyediaan Makanan (C)

S = Sijil;
D = Diploma;
B = Sarjana Muda;
M = Sarjana.
Laluan pembelajaran dijelaskan dalam Jadual 4.

KAEDAH PENGAJARANPEMBELAJARAN
Kaedah pengendalian kursus pengajian merangkumi kuliah, kumpulan diskusi, pengajaran praktikal (makmal), projek, seminar, tutorial, kerja lapangan, kelas
penyelesaian masalah atau pembelajaran kendiri.
Latihan industri merupakan bahagian penting kursus pengajian dan memberi
peluang kepada pelajar memperoleh pengalaman industri dalam pelbagai
sektor industri.
PENILAIAN PELAJAR
Proses penilaian pelajar hendaklah berdasarkan prestasi atau keupayaan, seperti portfolio, projek, pembentangan, demonstrasi, penilaian rakan sekursus, penilaian pelajar (peperiksaan akhir), refleksi peribadi dan disertasi (peringkat ijazah).
KELAYAKAN MASUK
Kelayakan masuk minimum*:

Sijil
SPM/SPMV atau yang setara

Diploma
· SPM/SPMV dengan 3 kredit atau yang
setara;

atau

· Sijil dalam bidang berkaitan dengan
SPM 2 kredit;

Atau

· 3 tahun pengalaman yang diiktiraf
(RPL)

Ijazah Sarjana Muda
· STPM dengan 2 prinsipal, atau
· Diploma dengan CGPA 2.50 atau lebih tinggi

Pascaijazah
· Ijazah;

atau
· Diploma dengan 5 tahun pengalaman dalam peringkat pengurusan yang diiktiraf (RPL)

STAF AKADEMIK

Nisbah staf akademik kepada pelajar:
Sijil : 1 : 24
Diploma : 1 : 24
Ijazah : 1 : 18
Kelayakan staf akademik untuk pelbagai tahap pengajian
Ijazah
· Sarjana (50%)
· Sarjana Muda atau
· Diploma dengan pengalaman pengurusan selama 5 tahun (untuk mata pelajaran bukan akademik sahaja) tertakluk kepada penilaian sejawat.

Diploma / Sijil
· Sarjana Muda atau
· Diploma dengan pengalaman pengurusan selama 5 tahun (bagi mata pelajaran bukan akademik sahaja) tertakluk kepada penilaian sejawat.

Peratusan staf sambilan tidak melebihi 40% daripada jumlah staf keseluruhan.

*Calon yang diterima masuk dengan kelayakan rendah daripada apa yang ditetapkan oleh kementerian hendaklah dimaklumkan bahawa mungkin
mereka tidak akan layak mendapat pinjaman daripada kerajaan atau swasta dan sijil kelulusan mereka tidak diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan
Awam.
Jadual 1: Reka Bentuk Komponen Profesional Kursus Pengajian Seni Kulinari








JADUAL 4: LALUAN PENDIDIKAN BAGI KURSUS PENGAJIAN BIDANG HOSPITALITI,
PELANCONGAN DAN SENI KULINARI

10 comments:

  1. Ipta manakah yg menawarkan seni kulinari? Adakah uitm sahaja? Tolong saya buat keputusan .saya lepasan spm.saya minat dgn seni kulinari .apa patut saya buat?harap dapat balas text saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. uum menawarkan kos hospitaliti dan pelancongan.

      Delete
    2. uum menawarkan kos hospitaliti dan pelancongan.

      Delete
  2. koyuki, stakat saya dah survey, UUM dan Kolej University Insaniah..masih lagi mencari..

    ReplyDelete
  3. saya minat bidang pelancongan dan masih mencari ipta yg menawarkan bidang pelancongan selain uitm. mohon bantu saya

    ReplyDelete
  4. Selain dr uum dan kolej u insaniah di mana lagi ?

    ReplyDelete
  5. Mohon pencerahan , seni kulinari dan seni pastri berada di bawah bidang perkhidmatan atau perniagaan ? Ataupun kedua2 nya sekali ? Mohon respon . :)

    ReplyDelete
  6. Mohon pencerahan , seni kulinari dan seni pastri berada di bawah bidang perkhidmatan atau perniagaan ? Ataupun kedua2 nya sekali ? Mohon respon . :)

    ReplyDelete
  7. Baru tamat diploma culinary arts.ingin sambung peringkat ijazah..
    Universiti mana perlu saya pohon.
    mohon pencerahan.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Saya minat dalam bidang kulinari.Jadi boleh kah saya mahu bekerja dalam bidang kulinari

    ReplyDelete

Search This Blog