Sunday 15 April 2012

KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA







KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA
COMMUNICATION AND  MEDIA STUDIES
KRITERIA DAN STANDARD BAGI KURSUS PENGAJIAN DALAM BIDANG
KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA
CABARAN

·         Peranan komunikasi dan kuasa media amat kritikal apabila ekonomi semakin didesak oleh teknologi. Bagi menghadapai cabaran sedemikian, pengajian komunikasi dan  media perlu meneroka pemahaman tentang perubahan, menyebarkan maklumat yang betul, mengenal pasti pengaliran trend-trend dan meneroka kesannya terhadap masyarakat dan ekonomi.

·         Cabaran yang utama kepada masyarakat kita ialah kebolehan untuk bergerak pantas dalam usaha memahami sepenuhnya penyebaran pengetahuan secara elektronik selaras dengan kemajuan teknologi baru dan media. Oleh itu, pengajian komunikasi dan media perlu menggabungkan pelbagai aspek pengkhususan untuk melengkapkan lulusannya dengan kemahiran-kemahiran kritikal, analitikal dan kreatif untuk hidup dalam dunia yang berubah dengan cepat.

MATLAMAT PENDIDIKAN / OBJEKTIF AM KURSUS PENGAJIAN KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA

Untuk melahirkan lulusan yang:
(1) dapat menggunakan pengetahuan berkomunikasi dalam perspektif
multidisiplin bagi memenuhi keperluan masyarakat
(2) dapat menyesuaikan diri kepada permintaan-permintaan industry komunikasi dalam dan luar negara
(3) berdisiplin, beretika, bermotivasi kendiri, inovatif, kreatif dan berdikari.

HASIL PEMBELAJARAN / OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir kursus pengajian lulusan akan berupaya untuk:

Diploma
(a) mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran komunikasi untuk persekitaran kerjaya yang dinamik;
(b) membantu aktiviti-aktiviti penyelidikan;
(c) menampilkan sikap dan personality yang positif;
(d) menunjukkan idea perhubungan yang kreatif dan inovatif;
(e) menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dengan berkesan;

Ijazah Sarjana Muda
(a) mengaplikasikan pengetahuan teori dan komunikasi praktikal serta kemahiran;
(b) menjalankan penyelidikan komunikasi asas;
(c) mengenal pasti dan menganalisis isu-isu komunikasi;
(d) menunjukkan idea komuniksai yang kreatif dan inovatif serta kemahiran;
(e) menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dengan berkesan;
(f) menampilkan sikap dan personality yang positif;
(g) mengetahui dan menghayati undang-undang dan etika komunikasi;

REKA BENTUK KURSUS PENGAJIAN
Kurikulum mesti meliputi:
Diploma
· Asas teori komunikasi dan amalan-amalannya;
· Aplikasi prinsip-prinsip dan amalannya;
· Kemahiran generik (bahasabahasa, penulisan, pengucapan awam, ICT);
· Pemikiran kreatif dan kritikal;
· Penyelidikan asas;
· Etika dan nilai;

Ijazah Sarjana Muda
· Teori komunikasi dan amalanamalannya;
· Aplikasi pengetahuan, teori dan amalan-amalan profesional;
· Kemahiran generik (bahasabahasa, penulisan, pengucapan awam, ICT);
· Pemikiran kreatif dan kritikal;
· Penyelidikan;
· Etika dan nilai;
· Isu-isu komunikasi;
· Asas-asas disiplin sains sosial dan kemanusiaan.

Tempoh pengajian:

1. Diploma : 6-9 semester;
2. Ijazah Sarjana Muda : 6 – 10 semester.
Reka bentuk komponen bagi beberapa kursus pengajian tertentu adalah seperti yang terdapat dalam Jadual 1 dan 2

KELAYAKAN DALAM BIDANG KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA
Kelayakan dalam bidang ;
Diploma

Diploma Komunikasi
Diploma dalam bidang pengkhususan
Contoh:
§  · Diploma Pengajian Media
§  · Diploma Kewartawanan
§  · Diploma Penyiaran
§  · Diploma Perhubungan Awam
§  · Diploma Pengiklanan
§  · Diploma Penerbitan
§  · Diploma Pengajian Filem dan
Produksi

Sarjana Muda
§  · Sarjana Muda Komunikasi
§  · Sarjana Muda Sastera(Komunikasi)
§  · Sarjana Muda Sains Sosial(Komunikasi)
§  · Sarjana Muda Sains Kemanusiaan(Komunikasi)
§  · Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media
§  Sarjana Muda dalam Bidang Pengkhususan

Contoh:
§  · Sarjana Muda Komunikasi(Kewartawanan)
§  · Sarjana Muda Komunikasi(Perhubungan Awam)
§  · Sarjana Muda Komunikasi(Penyiaran)
§  · Sarjana Muda Komunikasi(Pengiklanan)
§  · Sarjana Muda Komunikasi(Penerbitan)
§  · Sarjana Muda Komunikasi (Filem)
§  · Sarjana Muda Komunikasi(Pengajian Filem)
§  · Sarjana Muda Komunikasi(Penulisan Kreatif)
* Semua ijazah ialah Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian
q Laluan pembelajaran dijelaskan dalam Jadual 3.

KAEDAH PENGAJARANPEMBELAJARAN
Pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan dengan menggunakan mana-mana satu atau gabungan kaedah yang berikut:
· Kuliah
· Seminar / Bengkel
· Tutorial
· Latihan Praktikal
· Sandaran atau penempatan Industri
· Studio / Makmal
· Demonstrasi / Tugasan
· Projek
· Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)
· Pembelajaran Berasaskan Komputer (CBL)
· Kertas Projek Akademik

(Nota: Semua pengajaran seharusnya menurut Akta Occupational Safety and Health Act No.514, 1994)

PENILAIAN PELAJAR
Penilaian berasaskan prestasi dan ketrampilan yang meliputi peperiksaan dan kerja kursus seperti projek, portfolio, jurnal, esei, pertunjukan, pembentangan, komunikasi lisan dan tulisan, penglibatan, kajian kes, kertas projek akademik dan latihan industri/penilaian praktikal.

PEMILIHAN PELAJAR*
Diploma: SPM dengan 3 kredit atau yang setara
Ijazah: STPM dengan 2 prinsipal,
Diploma atau yang setara.
Keperluan Bahasa

STAF AKADEMIK
Kelulusan minimum akademik staf:
Diploma
Ijazah Sarjana Muda atau yang setara, dalam bidang berkaitan.
Ijazah Sarjana Muda
Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan.
Nisbah staf akademik kepada pelajar
Diploma : 1 : 20
Sarjana Muda : 1 : 15
*Calon yang diterima masuk dengan kelayakan yang lebih rendah daripada apa yang ditetapkan oleh Kementerian hendaklah dimaklumkan bahawa mungkin mereka tidak akan layak mendapat pinjaman kerajaan atau swasta dan sijil kelulusan mereka tidak diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

SUMBER PENDIDIKAN
Kemudahan Fizikal:
· Bilik Kuliah / Seminar
· Studio, peralatan Audio Visual (A/V) dan post-production suites.
· Makmal dan Bengkel
· Perpustakaan dengan bukubuku, jurnal, bentuk penerbitan lain dan bahan rujukan mberkaitan dengan program pengajian.
(Nota: Kebolehdapatan kepada kemudahan fizikal industri)
Jadual 1: Reka Bentuk Komponen Diploma Komunikasi dan Pengajian Media


Jadual 2: Reka Bentuk Komponen Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media



JADUAL 3: LALUAN PENDIDIKAN BAGI KURSUS PENGAJIAN BIDANG
KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA


7 comments:

  1. TERIMA KASIH.. SAYA SEMAKIN MEMAHAMI APA YANG BAKAL SAYA HADAPI DAN BERASA LEBIH BERSEMANGAT SELEPAS MEMBACA ENTRY INI.. TERIMA KASIH

    ReplyDelete
  2. Thanks for this information ^_^

    ReplyDelete
  3. Sy sgt gembira mmbaca information ini πŸ˜ƒ

    ReplyDelete

Search This Blog